Saturday, June 26, 2010

Type of Shoes..

Sandal Tumit Tinggi boleh dipakai ikut suka hati tanpa mengira waktu. sesuaikan jenis fabrik sandal dengan baju yang akan korang pakai. contoh : kalau fabrik sandal korang adalah jenis sutera, satin dan polos, sandal korang sesuai dipakai untuk acara glamour atau makan malam.
Court Shoes ( kasut bertutup ) kelihatan formal dan sesuai digayakan ke pejabat. keyakinan korang akan lebih menyerlah apabila memakai kasut jenis ini.
Flat ( tapak rata) kelihatan santai dan sesuai untuk menyerlahkan keremajaan dirimu ( chewah! ) kasut ni memudahkan pergerakan sebab tapaknya yang rata dan boleh dipadankan dengan pelbagai jenis baju.
Ballerina dan Flat Court Shoes kasut jenis ni pon dapat menyerlahkan keremajaan korang. rekaan kasut jenis ini biasanya lebih simple dan sederhana
Kasut Baji ( wedge ) sesuai sangat untuk korang yang suka berjalan sebab kasut ni mempunyai tumit penuh dan boleh menampung berat korang tuu. tapi, kasut ni tak sesuai pakai di majlis formal. mungkin kerana design kasut ini yang ranggi

Platform kasut ni ada lapisan tambahan di bahagian depan kasut menjadikan ia lebih seimbang dengan ketinggian tumit kasut. jadi, risiko untuk tergelincir amat kurang.


Cara mudah utk mengenali kasut & utk dipadankan dgn baju pilihan
berdasarkan reka bentuk atau tapaknya.

1. Tapak Kitten
******************
Tidak terlalu tinggi, biasanya 2.5 – 3cm shj. Bhg atasnya besar &
hujungnya halus, sebesar duit syiling 5 sen. Ia sesuai dipakai ke pejabat
ataupun majlis rasmi. Cuma kita tidak boleh bergerak byk kerana mungkin
kurang selesa. Sesuai utk yg tinggi lampai.

2. Stilletos
************
Ini merupakan kasut yg paling tidak selesa tapi masih diminati ramai
wanita. Bertumit runcing & tinggi (melebihi 3cm). Kasut ini benar2
menguji kesabaran pemakai. Ia sering menimbulkan rasa tidak selesa, sukar
melangkah & sakit belakang. Oleh itu, elakkan memakai kasut ini ke pejabat
atau bersiar2. Paling sesuai digayakan jika menghadiri majlis eksklusif,
dipadankan baju berpotongan elegan spt skirt kembang atau baju kebaya
pendek.

3. Kasut bertali pada keting
********************************
Kasut slingback paling selesa & mudah dipakai. Tiada kancing atau tali
pengikat. Bahagian hadapan kaki ditutupi sepenuhnya & tumit pula terdedah.
Ia sesuai utk ke pejabat atau majlis keramaian. Dipadankan dgn skirt,
gaun, baju kurung, kebaya atau seluar dpd fabrik lembut.

4. Mary Jones
****************
Kasut berpotongan konservatif ini biasanya bertumit lebar & tingginya hanya
2.5cm hingga 3 cm. Ia lebih sesuai dipakai ke pejabat, dipadankan sut
seluar atau skirt. Jika ingin kelainan, cuba pakai skirt & jaket hitam.

5. Kasut sarung (mules)
***************************
Kasut sarung (mules) biasanya mendedahkan bahagian tumit. Ada mendedahkan
jari (open-toe mules) dicipta dgn tali bersilang pd kaki hadapan atau
bahagian hadapan tutup sepenuhnya (covered mules). Biasanya tumit kasut
sarung lebar & dempak & tidak terlalu tinggi (3cm). Ia hanya sesuai
dipakai dgn pakaian tradisional, seluar tempah, skirt & gaun.

6. Kasut serelum (pump)
****************************
Kasut serelum biasanya tidak bertali atau berkancing & seluruh bahagian
kaki bertutup. Kasut jenis ini bebas digayakan sama ada dgn pakaian
tradisional, ke pejabat, bersantai ataupun menghadiri majlis rasmi. Tetapi
pastikan warna, potongan serta fabrik yg digunakan bersesuaian.

Seandainya ingin ke majlis rasmi, pilih kasut serelum bertumit tinggi dgn
warna ceria dihiasi reben atau batu permata. Utk pengantin, kasut serelum
dpd renda bersulam manik atau mutiara paling menarik. Jika ingin
bersantai, pilih kasut serelum bertumit rendah dpd kulit, sued ataupun
fabrik jean.

7. Loafers
************
Ia spt serelum cuma potongannya berbeza, mirip kasut kasual lelaki.
Biasanya bahagian depan kasut agak dempak & bahagian atasnya berlidah. Ia
pilihan yg tepat utk ke pejabat ataupun bersantai. Ia sesuai dipadankan
dgn sut lengkap, blaus, jaket, jean atau seluar tempah. Jika ingin
berskirt, pastikan potongan yg kemas, bukan beropol atau berenda serta
terlalu kewanitaan.

8. Kasut Leper Ballet
***********************
Ia spt kasut serelum tetapi tidak bertumit. Sesuai utk bersiar2,
dipadankan dgn gaun kembang labuh ataupun jean. Ia juga pilihan terbaik
utk wanita hamil. Pilih kasut dpd fabrik lembut.

9. Sandal
***********
Ia tidak bertumit, biasanya berpotongan ringkas & paling selesa serta
sesuai dipadankan dgn semua jenis pakaian bersantai – kain, seluar, skirt,
jean.

10. Thongs
*************
Potongannya spt selipar Jepun, tetapi biasanya lebih cantik & sesuai
dipadankan dgn baju kasual. Ada juga thongs yg menggunakan perhiasan manik
& renda. Ia sesuai utk bersiar2 ataupun menonton di hujung minggu.

info credit to : syielacollections

bila berdua..


Last nite gi jusco alpha angle.. niat di hati mmg nk beli kasut.. almaklumlah semua kasut yg ada uzur2 belaka.. dkt 1 jam la jugak aku dok usha mengusha.. commonly ku mmg akan beli crocodile, nautini, larrie or hawkeye. Brand2 ni lembut skit & comfortable.. tp biasa la klau di cari mmg xde yg berkenan.. bila x nk tue bnyk je yg lawa2.. aduihhh

Pusing punya pusing tetiba ternmpk sembonia.. ada satu heel ni mmg dh berkenan sgt la.. xde la mahal pun just RM 99 je.. so pggl la suami.. cantik tak? dia kata : simple sgt la! dush dush dush.. bila kita dh berkenan si dia plak tak berkenan.. bila dia berkenan kita tak berkenan.. mcm mana ni!

At last, aku xbeli pun kasut lg... warghhhhh mana nk cari kasut yg comfortable & cantik????

Tuesday, June 22, 2010

sedih pun ada.. insaf pun ada..

mlm td around 9, accidentally aku ternmpk something white tgh berdiri btol2 kt car park! aku tgk betul2 ohh rupanya ada 1 lady tgh solat... actualy prmpn tue berniaga kt situ! jual durian pakai lori... sian pun ada tgk dia solat tepi jln jln tp dlm hati timbul rasa keinsafan.. prmpn tue w/pun xde tmpt yg selesa masih lg menunaikan tgjwap nya sbg mukminah.. kita ni yg dh sememang nya di rumah, bersolatkah kita??

Saturday, June 19, 2010

Bila Allah...


Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu,
Sentiasalah
Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang
ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."

Friday, June 18, 2010

tomorrow she getting engage!

Dear cRose,
Im very happy & happiest..
Rasa mcm x percaya pun ada..
Tp jodoh di tgn Allah SWT..
A thousand congratulations for you!
Hope he's the one..
The perfect man for you..
May you be a very good woman for him..
'bagai Khadijah di hati Rasulullah'..
InsyaAllah..
Semoga segala dugaan yg dtg dpt di lalui dgn tabah..
Me alwaiz pray the best for you..

Saturday, June 5, 2010

Bila musim cuti sekolah bermula...

Maka bnyk lah kad2 jemputan perkahwinan..
Maka hadiah juga perlu di sediakan!
Maka.. fhm2 je la..

Friday, June 4, 2010

Thursday, June 3, 2010

Engagement


Date : 28 & 29 May 2010
Location : Taiping & Kuala Kangsar
Event : Ateh Engagement

Tuesday, June 1, 2010

Inspirations

setiap orang ada bahagian mereka masing.
Setiap orang akan merasa senang...
Dan setiap orang akan merasa merana itu ape....
Yang membezakan manusia adalah cara mereka menerima setiap nikmat dan dugaan itu....
Adakah mereka meratap dan menjadi derhaka atau lalai terhadap Allah ataupun mereka
bersifat sabar dan tunduk kepada perintah Allah azzawajala.

Apakah hikmah tidak ada anak?
Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk manusia dan setiap orang ciptaannya. Allah menduga setiap insannnya dan setiap kali mereka bersabar, mereka akan diberi pulangan yang setimpal keakuran hambanya terhadap kehendaknya.

Ada satu cerita...benar.... couple... tidak dikurniakan anak.... selepas lima tahun
akhirnya mereka mendapat anak... Anak mereka mendapat jantung berlubang meninggal... selepas kematian anak mereka, mereka bercerai.....

bersyukurlah.... Bersyukur kerana anda bersuami... orang lain mungkin tak ada
suami... bersyukurlah tak ade anak lagi.... anak merupakan dugaan dan fitnah dan
ini disebut di dalam Al-Quran.... Selagi anda tiada anak... anda dilindungi dari satu lagi dugaan...

Masalah tiada akan selesai walaupun sudah ada anak...... dAh ada satu nak dua...
dah ada dua ... nak sepasang.... dah ada sepasang nak satu lagi... sebab jiran sebelah dah ade lima anak.. macam mana ni?

Biarlah Allah menetapkan bila masa yang sesuai untuk kamu mendpat bahagian kamu...
dan bersabarlah.... Sabar itu manis terutama bila mendapat pulangannnya... Manis
kerana hati kita tenteram... dan jiwa tenang..... Berseronoklah dengan masa yang diberi sewaktu tiada anak....Anak sekadar satu perhiasan... tanggungjawabnya masyaallah sungguh berat... macam sebelum kahwin... semua orang seronok... bila dah kahwin... baru tau...oh... gini rupanya...... tanggungjawabnya banyak.... jadi usah terburu...kawan2... usah terburu....

Kebahagiaan hanyalah datang dari dalam... dari hati yang redha dan bersyukur dengan
pemberian ilahi.... itulah kebahagiaan hakiki....Satu masa nanti...
Allah akan menyahut doa-doa kita.... percayalah.....

" luahan seorang insan bergelar wanita, utk tatapan diriku & dirimu "