Saturday, June 26, 2010

Type of Shoes..

Sandal Tumit Tinggi boleh dipakai ikut suka hati tanpa mengira waktu. sesuaikan jenis fabrik sandal dengan baju yang akan korang pakai. contoh : kalau fabrik sandal korang adalah jenis sutera, satin dan polos, sandal korang sesuai dipakai untuk acara glamour atau makan malam.
Court Shoes ( kasut bertutup ) kelihatan formal dan sesuai digayakan ke pejabat. keyakinan korang akan lebih menyerlah apabila memakai kasut jenis ini.
Flat ( tapak rata) kelihatan santai dan sesuai untuk menyerlahkan keremajaan dirimu ( chewah! ) kasut ni memudahkan pergerakan sebab tapaknya yang rata dan boleh dipadankan dengan pelbagai jenis baju.
Ballerina dan Flat Court Shoes kasut jenis ni pon dapat menyerlahkan keremajaan korang. rekaan kasut jenis ini biasanya lebih simple dan sederhana
Kasut Baji ( wedge ) sesuai sangat untuk korang yang suka berjalan sebab kasut ni mempunyai tumit penuh dan boleh menampung berat korang tuu. tapi, kasut ni tak sesuai pakai di majlis formal. mungkin kerana design kasut ini yang ranggi

Platform kasut ni ada lapisan tambahan di bahagian depan kasut menjadikan ia lebih seimbang dengan ketinggian tumit kasut. jadi, risiko untuk tergelincir amat kurang.


Cara mudah utk mengenali kasut & utk dipadankan dgn baju pilihan
berdasarkan reka bentuk atau tapaknya.

1. Tapak Kitten
******************
Tidak terlalu tinggi, biasanya 2.5 – 3cm shj. Bhg atasnya besar &
hujungnya halus, sebesar duit syiling 5 sen. Ia sesuai dipakai ke pejabat
ataupun majlis rasmi. Cuma kita tidak boleh bergerak byk kerana mungkin
kurang selesa. Sesuai utk yg tinggi lampai.

2. Stilletos
************
Ini merupakan kasut yg paling tidak selesa tapi masih diminati ramai
wanita. Bertumit runcing & tinggi (melebihi 3cm). Kasut ini benar2
menguji kesabaran pemakai. Ia sering menimbulkan rasa tidak selesa, sukar
melangkah & sakit belakang. Oleh itu, elakkan memakai kasut ini ke pejabat
atau bersiar2. Paling sesuai digayakan jika menghadiri majlis eksklusif,
dipadankan baju berpotongan elegan spt skirt kembang atau baju kebaya
pendek.

3. Kasut bertali pada keting
********************************
Kasut slingback paling selesa & mudah dipakai. Tiada kancing atau tali
pengikat. Bahagian hadapan kaki ditutupi sepenuhnya & tumit pula terdedah.
Ia sesuai utk ke pejabat atau majlis keramaian. Dipadankan dgn skirt,
gaun, baju kurung, kebaya atau seluar dpd fabrik lembut.

4. Mary Jones
****************
Kasut berpotongan konservatif ini biasanya bertumit lebar & tingginya hanya
2.5cm hingga 3 cm. Ia lebih sesuai dipakai ke pejabat, dipadankan sut
seluar atau skirt. Jika ingin kelainan, cuba pakai skirt & jaket hitam.

5. Kasut sarung (mules)
***************************
Kasut sarung (mules) biasanya mendedahkan bahagian tumit. Ada mendedahkan
jari (open-toe mules) dicipta dgn tali bersilang pd kaki hadapan atau
bahagian hadapan tutup sepenuhnya (covered mules). Biasanya tumit kasut
sarung lebar & dempak & tidak terlalu tinggi (3cm). Ia hanya sesuai
dipakai dgn pakaian tradisional, seluar tempah, skirt & gaun.

6. Kasut serelum (pump)
****************************
Kasut serelum biasanya tidak bertali atau berkancing & seluruh bahagian
kaki bertutup. Kasut jenis ini bebas digayakan sama ada dgn pakaian
tradisional, ke pejabat, bersantai ataupun menghadiri majlis rasmi. Tetapi
pastikan warna, potongan serta fabrik yg digunakan bersesuaian.

Seandainya ingin ke majlis rasmi, pilih kasut serelum bertumit tinggi dgn
warna ceria dihiasi reben atau batu permata. Utk pengantin, kasut serelum
dpd renda bersulam manik atau mutiara paling menarik. Jika ingin
bersantai, pilih kasut serelum bertumit rendah dpd kulit, sued ataupun
fabrik jean.

7. Loafers
************
Ia spt serelum cuma potongannya berbeza, mirip kasut kasual lelaki.
Biasanya bahagian depan kasut agak dempak & bahagian atasnya berlidah. Ia
pilihan yg tepat utk ke pejabat ataupun bersantai. Ia sesuai dipadankan
dgn sut lengkap, blaus, jaket, jean atau seluar tempah. Jika ingin
berskirt, pastikan potongan yg kemas, bukan beropol atau berenda serta
terlalu kewanitaan.

8. Kasut Leper Ballet
***********************
Ia spt kasut serelum tetapi tidak bertumit. Sesuai utk bersiar2,
dipadankan dgn gaun kembang labuh ataupun jean. Ia juga pilihan terbaik
utk wanita hamil. Pilih kasut dpd fabrik lembut.

9. Sandal
***********
Ia tidak bertumit, biasanya berpotongan ringkas & paling selesa serta
sesuai dipadankan dgn semua jenis pakaian bersantai – kain, seluar, skirt,
jean.

10. Thongs
*************
Potongannya spt selipar Jepun, tetapi biasanya lebih cantik & sesuai
dipadankan dgn baju kasual. Ada juga thongs yg menggunakan perhiasan manik
& renda. Ia sesuai utk bersiar2 ataupun menonton di hujung minggu.

info credit to : syielacollections

No comments: