Friday, August 20, 2010

x tau

nk masak ke nk beli??
buy or cook??
buy.. buy..
cook.. cook..

hrmmm
buy, cook,buy,cook
bommm!

Thursday, August 19, 2010

ermmm

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


credit to : http://mutiarakatahikmah.blogspot.com/

Kad Raya

rindu kt perasaan
bile dpt kad raya!
seronok sgt
w/pun sekpg..

di zmn yg serba canggih..
semua dh pakai e-card
tp fell dia tetap x same bile dpt kad

last sekali dpt kad ry
time matriks
tue pun sekeping je la
sape lg yg bg
klau bkn ehem ehem..

lps2 tue??
xyah la dia kate..
wish cukup la..
sekarang?
entahla...

thn ni pun
rs2 mmg xdpt la kad raya
nak2 setem mahal
0.50 sen for each..
mmg tercekik la..
huhu

ada sapa2 x nk bg kad raya kt sy?
nk kad tau bukan e-card
pos pun boleh by hand pun boleh
huhu..

Tuesday, August 17, 2010

ticker

suddenly im looking at my blog ticker ..
Ya Allah we have been married for 2 years, 5 months & 2 days!
Alhamdulillah.. may it remain until d rest of my life..
Amin

Thursday, August 12, 2010

bile gembira

gembira bile dpt tau member2 yg kawen
ramai dh pregnant
tp tipula klau sy kata sy x sedih
perasaan tue hanya
mereka2 yg seangkatan dgn sy jer yg tau

setiap yg berlaku ada sebab & hikmahnya
kdg2 kite je yg xsedar
kehadiran hikmah itu

salah satu yg sy nmpk
bile sy & suami belum di kurniakan zuriat
kami dpt memberi tumpuan
yg lebih kpd kedua2 ibu bapa kami
insyaAllah apa yg di perlukan
dpt dipenuhi..
bile ada anak, mungkin keadaan berbeza sikit

suami selalu kata
anggap ni sebagai ujian
penebus dosa-dosa silam
jgn sedih2
berdoa, berdoa dan terus berdoa
insyaAllah satu hari nanti
Allah akan makbulkan doa kita

kadang2 aku memang rasa putus asa
mujur ada suami yg selalu bagi nasihat
keluarga yg x pernah bising2
acu yg selalu bagi nasihat & petua

cuma satu keadaan yg paling aku x suka
kalau boleh mmg aku nk elak
bile ada kenduri..
especially kat kampung
akan ada la makcik2 yg dok
tanya2
sedih juga bile terdengar
org bertanya pd abah
"dh berapa org cucu? "
ada juga yg berkata
" ni lama dh kawin tp belum beranak lg! "
hurmmm
ketika itu rasa dunia mcm nk runtuh

keadaan2 spt ini
menyebabkan
aku malas nk kemana2
kdg2 aku jd sgt stress

kahwin tanpa anak
samalah seperti memugar tanah tanpa hasil
mungkin tanahnya tak subur
mungkin benihnya tak menjadi
mungkin campuran antara
tanah dengan benih itu tak berapa kena
banyak tanah dari benih atau
banyak benih dari tanah
semuanya boleh jadi
tetapi juga soal anak bukan soal tanah
dan benih sahaja
Kalau keduaanya baik pun
kalau Allah tak izin
anak tak dapat juga

Monday, August 9, 2010

interview..

Last Friday i got call from 1 lady..
she wants me to come interview..
scope international
subsidiary of Standard Chartered..

want to go or not???

Monday, August 2, 2010

Cheese Cake not Secret Recipe

Bahan-bahannya
3 biji telur
100 gm gula
50 gm tepung
250 gm cheese cream
125 ml whipping cream
Essen vanilla - 1 tutup

Cara-cara;
1) putar putih telur bersama separuh gula hingga setengah kental.
2) putar cheese dgn setengah gula lagi hingga gula hancur.
3) masukkan telur kuning,whipping cream,tepung dan essen.
4) tuangkan adunan putih telur tadi,kaup balikkan.
5) sapukan acuan dgn sedikit minyak.masukkan bhn dan kukus selama 40 – 45 minit.


p/s : sy dh cuba buat.. sedap jugak w/pun x selembut secret recipe. suami pun suka! pic lupa nk tgkp..

Cordon Bleu Ayam / Golden Bleu Ayam



Bahan2 Untuk Ayam
2 ketul dada ayam
2 batang sosej ayam
2 keping keju slice
garam secukupnya
lada sulah secukupnya
sedikit sos tiram
tepong jagung secukupnya
bread crumb secukupnya
1 biji telur
minyak yang banyak untuk menggoreng deep fry

Side Dishes Tambahan yg Lain
1 tin kacang panggang
Salad atau boleh jugak buat coleslaw
Side dish berasaskan kentang spt mashed potato/curly fries/ french fries

Cara buat
1. Bersihkan ayam, buangkan kulit serta tulang2nya. Gunakan isi sahaja. (tapi terpulang masing2 jika suka bahagian kulitnya tak perlu buang) Buatkan lubang ditengah2 dada ayam agar dapat dimasukkan sosej dan keju slice.

2. Balutkan keju slice pada sosej lalu sumbatkan ke dalam lubang yang dibuat ditengah2 dada ayam tadi. Jika ada bahagian yang nampak terbuka boleh cucukkan dengan lidi satay yang tajam supaya nampak kemas. (pastikan lepas goreng, buangkan balik lidi satay tersebut. Buatkan cara yang sama pada dada ayam yang seketul lagi.

3. Taburkan garam, lada sulah & juga sos tiram pada dada ayam tadi dan gaul rata. Biarkan sebentar.

4. Pukul telur lalu ketepikan sebentar. Sediakan tepong jagung di dalam sebuah pinggan. Sediakan serbuk roti di dalam sebuah pinggan yang lain. Ambil dada ayam tadi lalu masukkan ke dalam tepong jagung dan ratakan keseluruhan dada ayam. Celupkan pula ke dalam telur hingga rata lalu masukkan pula ke dalam serbuk roti dan balik2kan agar seluruh dada ayam tersalut dengan serbuk roti. Ketepikan. Ulang yang sama untuk dada ayam yg satu lagi.

5. Panaskan minyak yang banyak dengan api yang kecil/sederhana. Goreng ayam tadi sehingga garing & masak.

6. Semasa menghidang. Kepingan ayam tu di potong 2 (1 ketul boleh utk 2 set). Dalam pinggan yang besar, susunkan ayam, hashbrown, salad dipicitkan sos thousand island & sudukan kacang panggang. Tuangkan sos cendawan di atas ayam & sedia untuk dinikmati semasa panas2.

*sapa2 yg berminat boleh la cube.. resepi ni sy cilok kt web2 org.. huhu.. klau suka cheese letak la bnyk2 lg sedap!

Sunday, August 1, 2010

::homemade::

Last nite, me & my sis try buat chicken cordon bleu n cheese cake..
Best sbb jd!
tp xdela sesedap & segebu cam secret recipe tue..
ok la for the first time..
buatnye pun xde la susah..
campur je semuanya.
ermmm
what menu for today???
bihun sup?
aym madu?
or lea & perrin..