Friday, October 29, 2010

hentakan syaitan

istihadah...
ada sape2 yg permah mengalaminya???
ia merupakan satu bentuk gangguan syaitan ke atas wanita

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya ia (pendarahan kamu) adalah hentakan dari hentakan-hentakan syaitan,
maka (apabila) kamu didatangi haid selama enam atau tujuh hari pada
ilmu Allah Ta’ala, hendaklah kamu mandi apabila kamu lihat bahawa kamu
telah suci (dari darah haid), maka hendaklah kamu solat pada pada dua
puluh tiga malam atau dua puluh empat malam dan siangnya dan hendaklah kamu berpuasa.”
[Sunan Abu Daud– no: 248 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan berkata al-Tirmizi, hadis ini hasan sahih]

darah istihadah merupakan darah yg disertai oleh syaitan
permainan pertama berkaitan istihadah adalah dalam urusan beribadat
sudah tentunya seseorang yang mengalami istihadah akan mengalami
kekeliruan sekaligus mengundang perasaan was-was dalam melakukan ibadah
permainan syaitan yang ke dua melibatkan
sistem hubungan suami isteri dan institusi rumah tangga
istihadah juga merupakan salah satu
permainan spiritual syaitan ke atas emosi dan hubungan suami isteri

“Sesungguhnya yang demikian itu ialah ‘irq (penyakit) bukanlah darah haid maka
apabila datang haid maka hendaklah kamu meninggalkan solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 306 (Kitab al-Haid)]

Terdapat dua jenis penyakit di sini yang dihuraikan oleh beberapa ulama’ atas
maksud ‘irq (penyakit) di dalam hadith di atas
Penyakit yang jelas adalah penyakit fizikal iaitu berkemungkinan seseorang yang mengalami
istihadah merupakan tanda-tanda wujudnya penyakit dalaman di dalam tubuh badan wanita
penyakit ke dua yang dimaksudkan ialah penyakit jiwa
penyakit jiwa ini bermaksud hubungan kita dengan ALLAH swt yang mana semakin hari semakin lemah

setiap yg berlaku ada hikmahnya..
setiap penyakit ade ubatnya


Terdapat beberapa cara mengatasi Istihadah secara spiritual iaitu;
1. Selalu berwudu’.
2. Mengamalkan doa;
Bismillahillazi la yadurru maas mihi syai’un fil ardhi wala fissamai wahuwassami ul’azim
3. Memperbanyakkan hadir ke majlis-majlis ilmu
4. Bertadabbur
5. Bersedekah;
memelihara harta dan mensucikan jiwa (salah satu melalui zakat)
6. Mengamalkan zikir.
Walau dalam keadaan berhadas. Dan ALQURAN sebagai zikir terbaik dan pakaian jiwa.
Amalan lain seperti Al-mathurat dan al-manzil
7. Mengamalkan solat dhuha

Apapun maksud dan sebab di sebalik hadirnya istihadah yang di beri oleh ALLAH swt buat insan bergelar wanita, ia merupakan anugerah terbesar iaitu sebagai ‘signal’ awal dalam memberi peluang wanita untuk mengambil langkah untuk mengubati. Walau berpenyakit fizikal sekalipun, bersangka baiklah kerana ia pasti dapat menyucikan dosa kita di dunia tanpa perlu di hitung di akhirat, dan bersyukurlah kita masih di beri masa untuk mengambil langkah mengubati tanpa terus di tarik nyawa, dan jika ia tanda stress dan permasalahan jiwa, maka itu tandanya DIA sentiasa mengingati kita dan memberi waktu untuk kita bermuhasabah supaya kita sentiasa berhubung denganNYA dan sehingga waktu kita bertemu denganNYA dalam keadaan bersih jiwa. SubhanALLAH. Bukankah begitu untung menjadi wanita ^__~
kita sentiasa berada di bawah jagaan dan tarbiyyahNYA.

info credit to :http://fadhilfadilah.blog.friendster.com/2008/05/istihadah-permainan-syaitan-si-pendamping-wanita/

No comments: