26 November 2010
Buat suami...
Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.
Ku panjatkan rasa penuh kesyukuranku padamu Ya Allah, kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta.
Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu. Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupan abang sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.
Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku, agar aku mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan ketenangan dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.
Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....
p/s : entry ni terpaksa publish awal sehari coz esk sy MC 3 hari dr jd suri rumah.. hv to go outstation.. hehe
isnin kite kuar together-gether yer...
isnin kite kuar together-gether yer...
No comments:
Post a Comment