dedikasi untuk suami tercinta
sempena ulangtahun kelahirannya
26 november 2011
Ya Allah
sesungguhnya aku bersyukur
KAU kurniakan dia sebagai suami aku
semoga KAU panjangkan umurnya
agar kami dapat bersama
beribadah kepadaMu
murahkanlah rezeki kami
sesungguhnya hanya padaMu kami meminta2
Ya Allah
berikanlah kami zuriat
yang cukup sifatnya
cukup sihatnya
yang soleh & solehah
Ya Allah
KAU lembutkan lah hati kami
agar aku & suamiku
tidak lalai
sentiasa menjaga solat...
Semoga Allah mencucuri rahmat
dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
dan ke atas seluruh keluarga
dan sahabat-sahabat baginda
Dan segala puji itu tertentu bagi Allah
Tuhan pentadbir seluruh alam
No comments:
Post a Comment