Sunday, November 22, 2009

::Aku Tidak Bersendirian::

Tuhanku, kpd siapa aku mahu mengadu,sekiranya bukan kepadaMu
Aku tenang bila dekat dgnMu
PadaMu aku meminta kekuatan, ketika seluruh daya seperti dicabut daripada tubuh..
Pesan Rasulullah SAW
"Berdoalah kepada Allah dan kalian (harus) yakin yg doa itu dikabulkan"
Aku berdoa sesungguh-sungguhnya
Tetapi mengapa tidak ada tanda-tanda doaku akan dikabulkan?
"Sesungguhnya Jibrail diberi tugas bagi menguruskan segala keperluan anak Adam.
Sekiranya seorang hamba yg kafir berdoa, Allah berkata kpd Jibrail
Hai Jibrail, tunaikanlah keperluannya.
Sesungguhnya Aku tidak suka mendengar permintaannya.
Dan sekiranya seorang hamba mukmin berdoa,
Wahai Jibrail, jgn kau tunaikan dahulu keperluannya
kerana Aku suka mendengar permohonannya"
Menitis air mataku tatkala mendengar
Doa suamiku di atas sejadah
Sesungguhnya aku amat yakin Ya Allah
Jika ini yg terbaik untk hambaMu ini
Maka kami sebagai hamba
Redha dgn ketentuan ini...
Aku percaya
Dalam sukar, ada yg ingin dikatakanNya
"Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah sekiranya kami lupa ataupun kami tersalah.
Wahai Tuhan kami janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang-orang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami janganlah Engaku pikulkan kepada kami apa yg kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkan dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami mencapai kemenangan pada kaum-kaum yang kafir."
Aku bersyukur dengan segala nikmat yg Engkau kurniakan..
Hanya Kau yg lebih mengetahui
Tatkala bersamaMu
Jiwaku tenang
Setenang-tenangnya

No comments: