Sunday, November 22, 2009

Di Dunia Ada Syurga

Tuhanku... Bersamamu Tidak Ada Jalan Buntu

Denganmu Tuhan, berat terasa ringan
Denganmu Tuhan, aku punya harapan
Engkau yang memungkinkan kemustahilan
Engkaulah jua yang menciptakan keajaiban

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (jawablah) yang aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, hendaklah mereka memenuhi segala perintahKu, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran"
(Al Baqarah, 186)
Allah, Engkau tahu betapa bertatihnya aku dalam meniti jalan ke syurgaMu
Betapa banyak peluang kebaikan yang ku abaikan
Maafkan aku ya Allah kerana meski berlalu usia dalam bilangan yg banyak..
masih sedikit rasa syukurku kepadamu

No comments: