Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

harapanku...



Selamat Hari Raya EidulAdha..
Semoga Allah panjangkan umur sy..
Umur suami sy..
umur ibu sy
umur ayah sy
agar kami dapat
berada di Rumah Mu Ya Allah
menjadi tetamu Mu
menjalani ibadah haji & umrah
di kota suci
Makkah Al-Mukarramah...
Semoga Allah beri kami kesempatan..
Amin Ya Rabbal Alamin

Wednesday, February 23, 2011

lunch break

hari ni time lunch 
sembang2 tentang angan2 & masa depan
siap buat planner gune excel
merancang bile dpt anak, bile anak kahwin..
contohnya kalau anak aku umur 1 tahun masa aku umur 29thn
suami aku plak 37thn
bile umur 50, si anak baru umur 22thn
masa tu anak mungkin tgh belajar lg
so kenela menyimpan awal2
supaya nanti xsusah sebab dh tua..
huhu

tp bile fikir2
aku tersentak seketika
mcm mane kalau ditakdirkan aku xde zuriat?
mampu ke aku nk mengharungi dugaan Allah ni
skrg pun aku bukan muda lg..

tp aku kene redha dgn qada' & qadar
andai Allah takdirkan aku punya anak di usia yg lanjut
aku terima & tetap bersyukur
andai aku ditakdirkan tiada zuriat
aku juga bersyukur
kerna Allah kurniakan aku suami yg amat memahami & menyayangiku

mungkin ade sebab kenapa doa ku tidak dimakbulkan
Allah mahu aku lebih mengingatiNYA
kite sbg manusia sering lalai
yg wajib pun kadang2 tersasar inikan pula yg sunat..
berdoa dalam kelam kabut
mengejar waktu keje, menonton tv or whatever
Al-Quran pun kadang2 baca kadang2 tidak
tp lebih selalu tidak..
atas alasan xsempat
kite manusia ni selalu sgt memberi alasan!

aku tidak menujukan kepada sesiapa
apa yg aku tulis mengenai diriku sendiri
sbg satu peringatan buat diriku
agar aku selalu muhasabah diri

aku berharap agar satu hari nanti
doaku akan dimakbulkan
AMIN

Tuesday, February 1, 2011

::doa utkmu Bonda::

Ya Allah..
Wahai Tuhan yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang..
Kau ampunilah dosa arwah Bonda
Kau kasihanilah Bonda

Kau tempatkanlah Bonda dikalangan org2 yg beriman

"Ya Allah! Ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasuh dan mengasihi kami semasa kami masih kecil dan seterusnya, ampunilah dosa sekalian orang-orang Islam dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia dengan rahmat Engkau, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon pemeliharaanMu dan kami menyerahkan kepadaMu agama kami, diri kami, keluarga kami, anak-anak kami, harta-harta kami dan segala yang telah Engkau kurniakan kepada kami.
RasuluLlah SAW bersabda, "Apabila seorang manusia mati maka pahala amalnya akan terputus kecuali tiga perkara, dari sedekah yang mengalir pahalanya, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak-anak soleh yang mendoakan kepadanya".

Tuesday, November 16, 2010

16 Nov 2010

Doa di hari Lahir..


Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, November 3, 2010

semoga hari ini

semoga hari ini lebih sihat
semoga hari ini lebih ceria
semoga hari ini lebih gembira
semoga hari ini lebih bertakwa kepadaNya
semoga hari ini lebih hebat
semoga hari ini lebih menyayangi
semoga hari ini lebih mencintai
semoga hari ini lebih diberkati
semoga hari ini lebih mesra
semoga hari ini lebih segalanya
semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Wednesday, October 20, 2010

hanya padaMu kami meminta..


اَللَّهُمَّ أَنْزِلْ عَلَيْنَا دَوَاءً مِنْ دَوَائِكَ , شِفَاءً مِنْ شِفَائِكَ , وَبَرَكَةً مِنْ بَرَكَاتِكَ , وَرَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ , عَلَى هَذِهِ الأَوْجَاعِ وَالأَمْرَاضِ وَالأَسْقَامِ , فَتَبْرَأْ , فَتَبْرَأْ , فَتَبْرَأْ , بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah ! Anugerahkanlah kepada kami penawar – penawar – Mu, dan kesembuhan daripada kesembuhan – Mu, juga keberkatan daripada keberkatan – Mu, serta rahmat daripada rahmat – Mu terhadap penderitaan – penderitaan yang dideritai oleh orang yang sakit ini… juga mereka yang lemah, Kau sembuhkanlah … Kau sembuhkanlah … Kau sembuhkanlah dengan rahmat – Mu, Ya Allah wahai Tuhan yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.