Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Friday, April 19, 2013

alhamdulillah..

syukur Alhamdulillah...
dh masuk trimester ke-2 (15w 4d)
insyaAllah baby akan lahir pd 07 Okt 2014
kehadiran yg amat di nanti setelah 5 thn

sepanjang trimester pertama
xde alahan sgt..
muntah2 tu bermula pd minggu ke 8
sampai minggu ke 10 je
tu pun petang membawa ke mlm...
lagi satu skrg ni sy mudah nangis..
sikit2 nak nangis
cam kelakar je..
yg paling menggelikan hati
sy x boleh tido kalau guna bantal lain..
so bila nk tido rumah parent & in law
kena la angkut bantal sekali !
haha

sepanjang pregnant ni yg plg ketara
ialah kesakitan pinggang yg teramat sgt..
nk tido mlm susah sikit la..
pusing sini x kena
pusing sana sakit..
bila nk bgn dr katil pun sakit..

demi mu duhai anak..
mama sanggup hadapi apa jua kesakitan..
yg penting anak mama & baba
membesar dgn sihat..

Ya Allah 
Lindungilah zuriat dalam kandunganku ini
Kuatkanlah ia, besarkan lah ia, sihatkanlah ia
Panjangkanlah usianya..

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia,
Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. 
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. 
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. 
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

p/s : berat sy dh naik 2.4kg sepanjang pregnant :)

Thursday, January 3, 2013

Keguguran & Berpantang

mula2 tau sy keguguran, gelabah jugak kami suami isteri.. Maklumlah tak de pengalaman.. Doc pesan kena pantang 2 minggu tp mak cakap seeloknya sebulan.. Saya tak dapat mc jadi sy minta cuti utk seminggu pertama.. utk 3 minggu seterusnya sy kena kerja.. so sy cuba je la berpantang semampu sy.. 

melalui bahan2 yg saya baca di internet.. kalau keguguran time kecik lg pantang makan je dh cukup.. tp sy berpantang mcm org bersalin gak.. pakai benkung, bertungku, mandi air suam, sapu minyak panas + berstokin, kipas pun pasang slow je.. setakat ni sy just mkn nasi + ikan haruan/ikan tenggiri je.. ikan tu masak dgn air asam jawa + bawang putih + garam + halia + lada hitam.. mak kata air pun jgn minum air kosong sejuk.. kena pastikan air tu suam.. cuma jamu2 org bersalin tu je sy tak ambik..

mula2 rasa leceh gak.. setiap kali nk terkencing nk kena buka bengkung & pakai balik.. tp atas nasihat suami & org tua, sy ikutkan jugak.. badan nk pakai lama ni.. hehe

kadang2 rasa sedih jugak.. org lain berpantang ada baby.. sy tak de.. tp sy tak boleh terus sedih kan.. kita tak tahu aturan Allah.. mana tau lepas ni sy dapat yg lebih baik.. twins ke.. :)

ni rutin sy di kala ini :-
1. bgn pagi mandi air suam
2.bertungku
3.sapu minyak panas +  pakai bengkung + stokin
4.sarapan mkn nasi
5.baring2 rehat + tgk tv (astro yg bosan) haha
6.mkn tghari.. nasi jugak!
7.buat air utk suami sementara tunggu dia balik kerja
8.sblm pukul 6 ptg, sy mandi
9.ulang balik step 3..
10. suami balik.. dinner dgn dia.. 
11.sembang2 & santai tgk tv with suami
12.pukul 12 mlm tido.. ( tak nak tido awal nanti siang tak boleh tido so kebosanan.. :)

Tuesday, January 1, 2013

Keguguran Adalah Satu Rahmat Allah..

Hasil google menggoogle
utk mengubat kesedihan...

Allah menjadikan sesuatu perkara itu tentu ada hikmahnya.. Allah menyebut di dalam firmanNya, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.", surah Al-Baqarah ayat 216.

[ "Tahukah anda, bahawa 90% daripada fetus (anak) yang CACAT yang terbentuk di dalam rahim akan gugur? Ini termasuk penyakit genetik seperti Down's Syndrome. Maknanya, sekiranya fetus yang terbentuk itu tidak sempurna sifatnya, kurang genetiknya, cacat pembentukannya, maka kemungkinan tinggi ia tidak akan dilahirkan dan akan keluar sebagai keguguran.

Ini adalah hikmah yang besar tuan-puan. Cuba bayangkan kalau Allah membenarkan kesemua fetus yang cacat ini lahir ke dunia. Apakah yang akan berlaku? Sehinggakan yang sempurna pun Allah jadikan, ada yang dicampak di tong sampah menjadi makanan anjing, ulat dan semut.


Sudi saya mengingatkan di sini, sekiranya ada keguguran, maka ingatlah Allah selalu yang ini mungkin satu ujian daripada Allah dan pada masa yang sama ia adalah Rahmat Allah yang besar kepada manusia.


Allah tahu, sekiranya anak yang lahir itu tidak sempurna sifatnya, kita pasti akan tidak tertanggung ujian yang Allah beri. Oleh itu, di sebalik tangisan, kekecewaan dan kekesalan, adalah lebih baik berdoa agar diberikan Allah yang lebih baik dan sempurna.


Lagi satu, Apabila kita mengandung tetapi keguguran, ini menunjukkan bahawa puan-puan boleh mengandung dan tak mengalami primary infertility iaitu kemandulan. Ini terutamanya kepada mereka yang sudah kahwin bertahun-tahun tetapi belum mengandung. Maknanya, peluang puan-puan untuk menimbang cahaya mata masih ada.."
by DrAzwan ]

Andai Itu Takdirnya

8 Disember 2012
UPT sy +vealhamdulillah..
akhirnya saya mengandung..semoga Allah lindungi kandungan saya..

9 Disember 2012
gi klinik
confirm double line!
if ikut last period dh 8w
but my period not regular
so doc minta rujuk pakar..

10 Disember 2012
scan di Klinik Sri Indah
5w..

22 Disember 2012
keluar brownish spotting..
hati mmg rasa x sedap
pergi klinik doc bg duphaston utk kuatkan rahim.. 

26 Disember 2012 - 29 Disember 2012
spotting dh jd merah!
refer to Hospital Selayang
the funny things is
doc kat emergency
kata sy x mengandung! upt -ve , scan pun x nmpk!
she says "nk sgt mengandung ke?"
"oo.. u just psikologi je ni!"
sy siap tunjuk bukti blood test & scan tp doc tu mcm x percaya
#kalau org nk bunuh diri.. dh mati dh ni [suami sy kata]
nasib baik dia refer sy pd O & G
doc O & G kata test kat lab memang sy pregnant
bila dia scan ikut bwh br jumpa..
its so small br 4w 2d..
#dlm hati dh x sedap coz saiz nyer berubah2..
doc kata sy ada risiko keguguran
tp time ni kantung tu masih cantik.. masih bulat..
sy berdoa semoga kandungan sy selamat...

next day sy gi klinik sebab dh start keluar darah pekat..
hati amat2 gundah..
doc scan tgk cam ok tp mungkin ada blood cloth
doc ambik darah utk confirmkan..
emm HCG sy meningkat so doc kata still pregnant..

Jumaat mlm Sabtu
tetiba perut rasa sakit mcm senggugut
tp sekejap jer..
on Subuh around 5.20 am
keluar seketul pejal2 mcm daging..

finally my baby is gone..
its so sad..
as a muslim i have to terima
qada & qadar...

#terima kasih Ya Allah kerana KAU beri aku peluang 
utk  menjaga amanahMu walau utk seketika..