Thursday, January 3, 2013

Keguguran & Berpantang

mula2 tau sy keguguran, gelabah jugak kami suami isteri.. Maklumlah tak de pengalaman.. Doc pesan kena pantang 2 minggu tp mak cakap seeloknya sebulan.. Saya tak dapat mc jadi sy minta cuti utk seminggu pertama.. utk 3 minggu seterusnya sy kena kerja.. so sy cuba je la berpantang semampu sy.. 

melalui bahan2 yg saya baca di internet.. kalau keguguran time kecik lg pantang makan je dh cukup.. tp sy berpantang mcm org bersalin gak.. pakai benkung, bertungku, mandi air suam, sapu minyak panas + berstokin, kipas pun pasang slow je.. setakat ni sy just mkn nasi + ikan haruan/ikan tenggiri je.. ikan tu masak dgn air asam jawa + bawang putih + garam + halia + lada hitam.. mak kata air pun jgn minum air kosong sejuk.. kena pastikan air tu suam.. cuma jamu2 org bersalin tu je sy tak ambik..

mula2 rasa leceh gak.. setiap kali nk terkencing nk kena buka bengkung & pakai balik.. tp atas nasihat suami & org tua, sy ikutkan jugak.. badan nk pakai lama ni.. hehe

kadang2 rasa sedih jugak.. org lain berpantang ada baby.. sy tak de.. tp sy tak boleh terus sedih kan.. kita tak tahu aturan Allah.. mana tau lepas ni sy dapat yg lebih baik.. twins ke.. :)

ni rutin sy di kala ini :-
1. bgn pagi mandi air suam
2.bertungku
3.sapu minyak panas +  pakai bengkung + stokin
4.sarapan mkn nasi
5.baring2 rehat + tgk tv (astro yg bosan) haha
6.mkn tghari.. nasi jugak!
7.buat air utk suami sementara tunggu dia balik kerja
8.sblm pukul 6 ptg, sy mandi
9.ulang balik step 3..
10. suami balik.. dinner dgn dia.. 
11.sembang2 & santai tgk tv with suami
12.pukul 12 mlm tido.. ( tak nak tido awal nanti siang tak boleh tido so kebosanan.. :)

Tuesday, January 1, 2013

Buat Suamiku..

Suamiku
Mohd Khir Adzhar...
Di sebalik keguguran ini
Satu perkara yg amat ku hargai
Betapa Sayangnya dirimu pada diriku
Kau selalu bersamaku
Susah & Senang
Kau lah semangatku..
Terima kasih duhai suami..
Ku sedar kini
Kasih sayang mu hanya utkku
Maafkan lah diriku ini
Kerna selalu menyakitimu
Walhal kau amat menyayangiku..

Aku bersyukur Ya Allah..

Keguguran Adalah Satu Rahmat Allah..

Hasil google menggoogle
utk mengubat kesedihan...

Allah menjadikan sesuatu perkara itu tentu ada hikmahnya.. Allah menyebut di dalam firmanNya, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.", surah Al-Baqarah ayat 216.

[ "Tahukah anda, bahawa 90% daripada fetus (anak) yang CACAT yang terbentuk di dalam rahim akan gugur? Ini termasuk penyakit genetik seperti Down's Syndrome. Maknanya, sekiranya fetus yang terbentuk itu tidak sempurna sifatnya, kurang genetiknya, cacat pembentukannya, maka kemungkinan tinggi ia tidak akan dilahirkan dan akan keluar sebagai keguguran.

Ini adalah hikmah yang besar tuan-puan. Cuba bayangkan kalau Allah membenarkan kesemua fetus yang cacat ini lahir ke dunia. Apakah yang akan berlaku? Sehinggakan yang sempurna pun Allah jadikan, ada yang dicampak di tong sampah menjadi makanan anjing, ulat dan semut.


Sudi saya mengingatkan di sini, sekiranya ada keguguran, maka ingatlah Allah selalu yang ini mungkin satu ujian daripada Allah dan pada masa yang sama ia adalah Rahmat Allah yang besar kepada manusia.


Allah tahu, sekiranya anak yang lahir itu tidak sempurna sifatnya, kita pasti akan tidak tertanggung ujian yang Allah beri. Oleh itu, di sebalik tangisan, kekecewaan dan kekesalan, adalah lebih baik berdoa agar diberikan Allah yang lebih baik dan sempurna.


Lagi satu, Apabila kita mengandung tetapi keguguran, ini menunjukkan bahawa puan-puan boleh mengandung dan tak mengalami primary infertility iaitu kemandulan. Ini terutamanya kepada mereka yang sudah kahwin bertahun-tahun tetapi belum mengandung. Maknanya, peluang puan-puan untuk menimbang cahaya mata masih ada.."
by DrAzwan ]

Andai Itu Takdirnya

8 Disember 2012
UPT sy +vealhamdulillah..
akhirnya saya mengandung..semoga Allah lindungi kandungan saya..

9 Disember 2012
gi klinik
confirm double line!
if ikut last period dh 8w
but my period not regular
so doc minta rujuk pakar..

10 Disember 2012
scan di Klinik Sri Indah
5w..

22 Disember 2012
keluar brownish spotting..
hati mmg rasa x sedap
pergi klinik doc bg duphaston utk kuatkan rahim.. 

26 Disember 2012 - 29 Disember 2012
spotting dh jd merah!
refer to Hospital Selayang
the funny things is
doc kat emergency
kata sy x mengandung! upt -ve , scan pun x nmpk!
she says "nk sgt mengandung ke?"
"oo.. u just psikologi je ni!"
sy siap tunjuk bukti blood test & scan tp doc tu mcm x percaya
#kalau org nk bunuh diri.. dh mati dh ni [suami sy kata]
nasib baik dia refer sy pd O & G
doc O & G kata test kat lab memang sy pregnant
bila dia scan ikut bwh br jumpa..
its so small br 4w 2d..
#dlm hati dh x sedap coz saiz nyer berubah2..
doc kata sy ada risiko keguguran
tp time ni kantung tu masih cantik.. masih bulat..
sy berdoa semoga kandungan sy selamat...

next day sy gi klinik sebab dh start keluar darah pekat..
hati amat2 gundah..
doc scan tgk cam ok tp mungkin ada blood cloth
doc ambik darah utk confirmkan..
emm HCG sy meningkat so doc kata still pregnant..

Jumaat mlm Sabtu
tetiba perut rasa sakit mcm senggugut
tp sekejap jer..
on Subuh around 5.20 am
keluar seketul pejal2 mcm daging..

finally my baby is gone..
its so sad..
as a muslim i have to terima
qada & qadar...

#terima kasih Ya Allah kerana KAU beri aku peluang 
utk  menjaga amanahMu walau utk seketika..

Tuesday, December 11, 2012

26 nov 2012

Alhamdulillah..
selamat ulangtahun kelahiran buat suamiku..
hadiah sy dh bgkan..
rasanya hadiah yg amat bermakna
the most precious gift for u..
hope we will happy together
till Jannah..

love u my dear!

Tuesday, November 20, 2012

long vacation...

aslkm..long time no see
so busy..
miss my old life :(
but for our future
there are sacrifice!!
its hard!
myself, please be strong..
insyaAllah there will be a rainbow..
the flying colours!

p/s: very broken english... the important : understanding! haha

Friday, August 24, 2012

bila tiba hari raya....

"Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan
Selamat hari raya"
[LAGU SALOMA]
Alhamdulillah syawal tiba lagi... 
masih seperti tahun2 lepas
kami beraya di KL dulu
baru di kampung..
syukur sgt sebab kami suami isteri 
tidak bertegang urat, bertarik rambut, bertengkar mulut
bergaduh nak balik kpg siapa..
sepanjang 4 thn berkahwin raya pertama memang di rumah mertua
 mak saya kata
"sian diorg raya berdua, mak ramai je kat kampung ni"
tahun ni buat pertama kalinya 
kerja di minggu pertama syawal..
org baru tak boleh cuti :(
office kosong.. parkir pun lengang!!!
tp x puas lagi jalan raya....
haha

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
 


Sunday, August 5, 2012

assalamualaikum..
last update 30 june.. wow lama sungguh x update..
bnyk sgt yg berlaku.. tu yg x sempat2 je nak update..
now kita update secara pukal je la yer.. hehe

what happen on July 2012 ??
- 2nd July suppose sy lapor diri di tempat baru.. tapi Allah yg lebih berhak menentukan segalanya.. dlm pukul 6pg my phone ringing.. senyum je tgk harris call.. igt dia nak wish good luck ke apa.. rupanya.. he said : "Kak Yong, atok dah takde".. i siap marah dia coz igt dia main2.. then nenek plak yg ckp.. baru ku sedar.. ia nya realiti.. atok pergi buat selamanya.. semoga Allah tempatkan roh atok di tempat org2 yg beriman.. Amin.. [al-Fatihah utk atok : Arshad bin Hj Hussin]
Wahai Allah, ampunilah Arshad bin Hussin, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.
- rentetan dr itu sy minta pelepasan utk lapor diri on next day.. so, kami berulang dr KL-sekincan utk kenduri coz sy xboleh cuti...
-boleh dikatakan setiap minggu kami balik kpg.. teman kan mak.. mak terlalu sedih & terlalu merasai kehilangan atok.. bila sorang2 dia pasti menangis.. alhamdulillah skrg mak dh semakin ok.. 
- kerja di tempat baru quite tough jugak w/pun hanya jawatan kecik jer.. tp sy bersyukur & akan cuba sedaya upaya..
-masa utk bersantai bersama suami agak kurang.. every weeks mesti xde kat rumah.. samaada di kampung @ di bandar.. rumah in law.. mmg agak letih tp demi org tua kami sanggup..

Doa Rasulullah (saw) untuk yang telah meninggal dunia

Inilah doa Baginda Nabi Muhammad saw ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah r.a:
Wahai Allah, ampunilah Abu Salamah, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.
====
Nota: Apabila seseorang ingin berdoa seperti ini untuk seorang Muslim yang lain, dia boleh memasukkan nama orang tersebut menggantikan nama Abu Salamah didalam doa di atas.