tak berapa suka dgn cuti kali ni w/pun office cuti for 1 weeks..
bercuti dgn keserabutan bkn la satu perkara yg menyeronokkan
bnyk masalah & pergaduhan timbul
gara2 benda yg kecil
bkn mudah nak puaskan hati semua org
aku kalau boleh sedaya upaya
berusaha utk memuaskan hati semua org
w.pun kadang2 aku tergelincir jugak
kalaulah aku mampu nk puaskan hati semua org
aku lah insan yg paling bahagia..
hanya Allah je yg tahu
betapa kecewa & terlukanya aku
stp kali xdpt memenuhi permintaan mereka
aku hanya mampu merancang
selebihnya Allah yg menentukan
bila ape yg dirancang xterjadi
bkn bermakna aku memungkiri janji, menyalahkan sesiapa
apa yg aku minta agar mereka memahami diri ini
tp syg ada yg tidak faham
bahkan menyalahkan aku
aku benar2 tertekan & sedih..
Dlm hidup ini rasanya dah banyak kali aku berkorban
hanya untuk menggembirakan hati org lain!
ketepikan perasaan sendiri demi menjaga perasaan org lain!
Apa yg aku dapat hanyalah kata2 yang menghiris2 hati kecil ini ...
aku rasa amat terhina
pengorbanan aku tidak dihargai..
terlalu banyak air mata ini mengalir kerana mereka
namun mereka tidak pernah ambil peduli!
tak terhitung bagaimana susahnya aku untuk melelapkan mata
dimanakah silapnya sehinggakan tidak sedikit pun mereka tunjukkan
yang mereka mengerti perasaan aku ..
agaknya mereka fikir mereka sudah dewasa
sudah berjaya
sudah pandai utk hidup sendiri
tidak lagi memerlukan aku..
apabila aku bersuara
dikatakan aku mengungkit
selama ini apa yg mereka nak aku beri
tp ini yg aku dapat
hati ini benar2 terluka
w/pun byk ucapan maaf
namun ia masih belum mampu mengubatinya
ketahuilah sekeping papan yg di ketuk paku
takkan sama dgn papan yg licin w/pun pakunya telah dicabut..
aku gembira melihat kejayaan mereka
tp hati ini seringkali tersentuh
dgn sikap & kerenah mereka
apa yg aku cakap
tidak lagi diperlukan
perasaan aku sering dikecewakan
bilakah masanya mereka akn fhm?
aku tak mampu lagi menyembunyikan kelukaan & kekecewaan ini
aku hanya manusia biasa
aku juga bukan semakin muda
tak tertanggung rasanya ujian kali ini
Ya Allah
bantulah hambaMu ini..
pesanan buat mereka
sedar & fahamilah apa yg aku lakukan selama ini
adalah utk kebaikan semua
tp mungkin aku yg silap
mungkin aku tak sebijak mereka
utk memahami stp yg berlaku
tanggungjawab aku masih belum selesai
selagi aku masih mampu bernafas
selagi itulah aku akan terus mendoakan kesejahteraan untuk kalian semua ...
w/pun hatiku terluka
Sunday, February 6, 2011
Tuesday, February 1, 2011
::doa utkmu Bonda::
Ya Allah..Wahai Tuhan yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang..
Kau ampunilah dosa arwah Bonda
Kau kasihanilah Bonda
Kau tempatkanlah Bonda dikalangan org2 yg beriman
"Ya Allah! Ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasuh dan mengasihi kami semasa kami masih kecil dan seterusnya, ampunilah dosa sekalian orang-orang Islam dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia dengan rahmat Engkau, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon pemeliharaanMu dan kami menyerahkan kepadaMu agama kami, diri kami, keluarga kami, anak-anak kami, harta-harta kami dan segala yang telah Engkau kurniakan kepada kami.
RasuluLlah SAW bersabda, "Apabila seorang manusia mati maka pahala amalnya akan terputus kecuali tiga perkara, dari sedekah yang mengalir pahalanya, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak-anak soleh yang mendoakan kepadanya".
RasuluLlah SAW bersabda, "Apabila seorang manusia mati maka pahala amalnya akan terputus kecuali tiga perkara, dari sedekah yang mengalir pahalanya, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak-anak soleh yang mendoakan kepadanya".
Wednesday, January 26, 2011
bila mlm menjelma...
Tuesday, January 25, 2011
jalan2 di waktu pagi..
last weekend pergi lake garden a.k.a taman tasik perdana a.k.a taman botani perdana
SubhanAllah cantik sungguh panoramanya
aku terpesona & terkesima buat seketika
sebenarnya sudah agak lama kami tidak kesana
kali terakhir masa aku belajar di UM
alomost 3 or 4 years
banyak yg dh berubah
mcm yg aku katakan tadi
begitu indah sekali!
bila di sana
aku rasakan masa begitu pantas berlalu
bayangkan 2 hours just like 2 minutes!
abg kata rasa x puas
insyaAllah nanti ada masa kite pergi lagi yer..
oh yer..
utk pengetahuan semua
buat pertama kalinya
bnyk gambar sy yg di snap
ini adalah kerana
suami saya sudah jatuh cinta dgn kamera..
kalau sblm2 ni sy la photographernyer
sejak ada DSLR ni
suami sy semakin minat nk snap2
Alhamdulillah bnyklah gambar sy nanti..
hihi

SubhanAllah cantik sungguh panoramanya
aku terpesona & terkesima buat seketika
sebenarnya sudah agak lama kami tidak kesana
kali terakhir masa aku belajar di UM
alomost 3 or 4 years
banyak yg dh berubah
mcm yg aku katakan tadi
begitu indah sekali!
bila di sana
aku rasakan masa begitu pantas berlalu
bayangkan 2 hours just like 2 minutes!
abg kata rasa x puas
insyaAllah nanti ada masa kite pergi lagi yer..
oh yer..
utk pengetahuan semua
buat pertama kalinya
bnyk gambar sy yg di snap
ini adalah kerana
suami saya sudah jatuh cinta dgn kamera..
kalau sblm2 ni sy la photographernyer
sejak ada DSLR ni
suami sy semakin minat nk snap2
Alhamdulillah bnyklah gambar sy nanti..
hihi

Thursday, January 20, 2011
puding roti org malas... hihi
khamis lepas cuti Thaipusam..bosan2 kt rumah so try la satu resepi ni
resepi ni pelik sikit.. ambik dekat My Resepi
tp rasa not bad la..
3 star...
ni resepi yg di copy-paste
PUDING ROTI KUKUS...
Bahan-bahan ( 5 orang )
* 1 paket roti (5 ketul)
* 1 kg susu
* Gula secukup rasa
* 1 camca besar mentega
* Secubit garam
* 1 camca kecil esen vanila
* 1 biji telur
Cara-cara
1. Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila.
2. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam.
3. Setelah masak, angkat dan hidangkan.
pelik kan.. roti ape yg pakai ketul? so aku decide gune roti gardenia je 5 kpg
then 1kg susu? ermm aku gune fresh milk without sukatan main tuang je.. hihi
bahan2 tu semua aku blend jer.. malas nk gune mixer..
ni kira mmg resepi org pemalas gile la..
kalau rasa malas2 tp nk mkn..
try la resepi ni yer!
hihi
Saturday, January 15, 2011
Pelajari, Contohi & Teladani

wahai wanita...
pelajarilah erti kesabaran daripada Asiah isteri Firaun
contohilah kesetiaan daripada Khadijah isteri pertama Rasulullah s.a.w
selamilah makna kejujuran daripada 'Aisyah r.ha isteri Rasulullah s.a.w yang paling muda
teladanilah keteguhan hati daripada Fatimah al-Zahra' puteri Rasulullah s.a.w
pelajarilah erti kesabaran daripada Asiah isteri Firaun
contohilah kesetiaan daripada Khadijah isteri pertama Rasulullah s.a.w
selamilah makna kejujuran daripada 'Aisyah r.ha isteri Rasulullah s.a.w yang paling muda
teladanilah keteguhan hati daripada Fatimah al-Zahra' puteri Rasulullah s.a.w
(Dr.A'idh al-Qarni As'ad al-Mar'ah fi al-'Alam)
Thursday, January 13, 2011
rambut yg berguguran bak Winter Sonata..

stp kali sapu rumah mesti bnyk rambut..
begumpal rambut tue
pening bile tgk rambut2 tue..
risau pun ade gak
risau botak!
hati xyah ckp la sakitnya..
dh mcm2 syampu try tp mcm tu gak..
iklan jer lebih2.. tp ???
"gune jari je, x nak yg lain la, sy nk balik duit sy la"
pantene, dove, sunsilk, clairol herbal essences
syampu ape yg bagus yer utk rambut gugur??
poning2 kopala oden..
igt nk try
L'Oreal Paris Elvive Total Repair 5 Restoring Shampoo
5 masalah 1 penyelesaian..
tp boleh caya ke?
harap2 ia mampu menyelesaikan masalah saya..
p/s : sedikit info
Mitos pertama mengenai rambut adalah terlampau kerap bersyampu. Ini boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran. Sebenarnya, cara anda menggosok kepala adalah penyebab utama rambut gugur. Cara menggosok kepala yang tidak betul akan mencabut akar rambut. Rambut yang gugur 50-100 helai sehari adalah perkara normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan generasi. Jika jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah yang dihadkan, maka anda mengalami masalah rambut gugur. Masalah itu terjadi mungkin disebabkan oleh fungsi tubuh anda terganggu, stress dan kurang vitamin.
Tuesday, January 11, 2011
masak apa ya mlm ni?
Subscribe to:
Posts (Atom)










