Monday, December 27, 2010

continue will be continued...

sepanjang percutian
xbnyk aktiviti yg dibuat pun...
kami bnyk spend time kt sekitar resort jer


pg & ptg we ouls jln2 kt sini.. bile ptg ade gak la yg memancing kt sinibile dh penat jln2, apelg berendam time... masin sungguh port dickson ni.. huhu
berjam2 berendam sampai muke pun dh bertukar warne.. (bhs banjar sebut latat)

bile dh puas berendam & dipukul ombak
haha.. swimming pool time!
best la berendam kt sini coz x ramai org..
mule2 aku cam xberani gak nk turun kt tmpt dewasa coz dlm..
aku kene jengkit sikit kalau x kepala pun tenggelam...


bile malam menjelma..
perut pun dh berbunyi2
dinner time..
so far 2 tmpt je kitorg pergi
restoran Mesra & gerai kt Teluk Kemang..
paprik ni kt restoran mesra
mmmg sedap ar..
tp orgnye jer yg x berape nk mesra
hantar mknan pun cam nk x nk jer
kami ckp terima kasih pun x dibalas ok...
yg kt Teluk Kemang tu plak
dh la salah hantar
pastu bising2 plak...
ntahape2ntah....

Thursday, December 23, 2010

on vacation : kayns resort,pd

isnin lps sy & suami pergi bercuti
3 hari 2 mlm
actually bole la nk kate ni our honeymoon
dh hmpir 3 thn kahwin br la nk gi
huhu
sebelum ni ade je halangannye
alhamdulillah
kali ni planning berjalan lancar...

tp kami x pergi jauh pun dr KL
we decide go to Port Dickson
2 weeks b4 ade la call2 hotel kt sane
mula2 nk ambik pakej honeymoon kt
Bayu Beach Resort 3 hari 2 mlm
malangnya dh full
call 2,3 tmpt lain pun full gak..
aduh.. camne ni
hati nk sgt bercuti tp tmpt plak penuh...
suami pun story mory la dgn kwn dia
then kwn dia suggest Kayns Resort...

ok la kot drpd xde kan...
call punye call
Alhamdulillah dh rezeki kami agaknyer
ada kosong..
tp bilik 2 katil single
single pun single ar...
mlm cantum la...
ye dak.. haha
ni la dia Kayns Resort

pool yg tenang & x ramai org...

will be continued....

Friday, December 10, 2010

L.O.V.E

just nk share
one story
more to L.O.V.E story

this morning
time atas motor
on d way nk gi kerje
en abg bercerita

smlm dia jumpe member dia

"tghari ni balik rumah ke bang?
balik... nk beli makan utk anak2
xpe la, kalau nk balik, abg balik la...
"

member en abg ni
stp hari blk utk hantar makanan kt anak2 time tghari
wife dia dh meninggal kire2 setahun yg lepas..
tau x yg dia setiap hari pergi kubur arwah isterinyer..
bersihkan kubur & baca yasin
terharu aku dgr...
betapa sygnyer pd si isteri..
katanya lagi
bile cuti dia pergi pagi...
hari keje dia pergi ptg lps hbs kerje..
lg pun bosan katanyer di rumah
xde teman nk menyembang
anak2 sibuk dgn urusan masing2..


begitu tulus cintanya
buat si isteri
walau pun sudah pergi meninggalkannya..

kwn2
marilah kite sedekahkan Al-Fatihah
& same2 kite berdoa
moga2 bile kite tiada
suami kite pun buat bende yg same..
Amin..

Thursday, December 9, 2010

entahla...

lama xusik blog ni
nk kate buzy
xde pun
cume xde mood
bnyk sgt yg aku fikirkan
walhal xperlu pun..

last week 2 of my frenz kawin..
agak regret gak coz xdpt attend
sorang kt Kluang
cRose, member kt UM dulu
sorang lg kt kpg
member sek men Wahida & Sidang
diorg ni dh lama couple
sejak sekolah..
finally kahwin jugek..
Alhamdulillah

last saturday tu
umah kt kpg
ade wat kenduri sikit a.k.a besar gak la kot
sempena harris sunat
& cukur jambul Haikal (my lil cousin)
agak penat & sibuk jugak..
igt nk gi wedding wahida
tp tup2 dh kol 5
xsempat nk menjengah...

harris nk bersunat
dok sibuk minta hadiah kt semua org..
haha
aku ngan ina belikan dia stationery jer
tu pun siap demand
nk kotak pensel ben10 yg ade pengorek sekali..
abah plak beli kan dia game
yg mcm psp tu
aci cocok kt tv
tp yg cap ayam jer..
jealous plak aku kt dia ni
kereta control dapat
bnyk gak la mainan2 yg abah beli
hoho...
zaman aku dulu
mimpi pun belum tentu dpt
maklumlah semua kecik2 lg..
bnyk nk pakai duit
skrg ni
Alhamdulillah
rezeki abah & keluarga semakin baik...
untungnya adik2 la
especially harris..

this sunday plak
Fana punyer wedding
ni pun x dpt nk attend
ada masalah yg x dpt dielakkan
lg satu masalah kilometer
wedding ni kt Jb..
sedih gak la
Just pray for her happiness...

Wednesday, December 1, 2010

Agrotek Garden Resort

on 26 Nov until 28 gi team building @ Agrotek..
mmg TERBAIK!
chalet best
view best
aktiviti best
makan pun best
and kwn2 pun best2...
semuanya best la...
hahabab makanan mmg puas hati sangat2 la
x kedekut
kite bley mkn berape bnyk kite nak
tgk je la care diorg serve buah2 ni..

antara aktiviti yg kami semua buat...




mmg best... pd sape2 yg nk bercuti or wat family day ke team building ke..
pergi la agrotek
mmg berbaloi!

Thursday, November 25, 2010

h.a.p.p.y.b.i.r.t.h.d.a.y


26 November 2010



Buat suami...
Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.

Ku panjatkan rasa penuh kesyukuranku padamu Ya Allah, kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta.

Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu. Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupan abang sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.

Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku, agar aku mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan ketenangan dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.

Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....




p/s : entry ni terpaksa publish awal sehari coz esk sy MC 3 hari dr jd suri rumah.. hv to go outstation.. hehe
isnin kite kuar together-gether yer...
"pernahkah kau bermimpi
seketika berada di tempatku
membayangkan pahit manis berlaku...
entah siapa yg tahu"


seronoknyer jadi orang kaya
nak ape pun
dapat....
xperlu bersusah payah
sebut jer
dgn pantasnyer
impian menjadi kenyataan
tp
jgn lupa
Allah itu maha ADIL
igt org kaya
xde masalah ke?
mungkin mereka xde masalah kewangan
tp masalah lain plak yg timbul...

kesiannya diaorg
hidup miskin..
nak makan pun susah..
inikan pula nk sekolah
tp
Allah itu maha ADIL
mereka susah di dunia
siapa tahu
mereka senang di akhirat...
InsyaAllah

sbg manusia
kaya atau miskin
kite semua same
khalifah Allah di bumi ini
jgn malu
jgn segan
utk meminta kepadaNya
kerna
hanya pada Mu Ya Allah
kami meminta & bermohon...
berdoa & terus berdoa


Monday, November 22, 2010

pujuk memujuk...

bersabarlah duhai hati..
belum tiba masanya
yg di tunggu pasti akan datang
suatu hari nanti

cuma
belum tiba masanya!

Rabbi Habli Minassolihin

Tuesday, November 16, 2010

16 Nov 2010

Doa di hari Lahir..


Bismillahirrahmanirrahim..

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini... pimpinlah hati hambaMu ini... pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Saturday, November 13, 2010

::appreciation::






kanda bw pergi jalan2..
terima kasih kanda!
right now my kanda tgh tido..
so tired...
thanks a lot..
really appreciate..
Muahh

Wednesday, November 3, 2010

semoga hari ini

semoga hari ini lebih sihat
semoga hari ini lebih ceria
semoga hari ini lebih gembira
semoga hari ini lebih bertakwa kepadaNya
semoga hari ini lebih hebat
semoga hari ini lebih menyayangi
semoga hari ini lebih mencintai
semoga hari ini lebih diberkati
semoga hari ini lebih mesra
semoga hari ini lebih segalanya
semoga hari ini lebih baik dari semalam...

Friday, October 29, 2010

hentakan syaitan

istihadah...
ada sape2 yg permah mengalaminya???
ia merupakan satu bentuk gangguan syaitan ke atas wanita

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya ia (pendarahan kamu) adalah hentakan dari hentakan-hentakan syaitan,
maka (apabila) kamu didatangi haid selama enam atau tujuh hari pada
ilmu Allah Ta’ala, hendaklah kamu mandi apabila kamu lihat bahawa kamu
telah suci (dari darah haid), maka hendaklah kamu solat pada pada dua
puluh tiga malam atau dua puluh empat malam dan siangnya dan hendaklah kamu berpuasa.”
[Sunan Abu Daud– no: 248 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan berkata al-Tirmizi, hadis ini hasan sahih]

darah istihadah merupakan darah yg disertai oleh syaitan
permainan pertama berkaitan istihadah adalah dalam urusan beribadat
sudah tentunya seseorang yang mengalami istihadah akan mengalami
kekeliruan sekaligus mengundang perasaan was-was dalam melakukan ibadah
permainan syaitan yang ke dua melibatkan
sistem hubungan suami isteri dan institusi rumah tangga
istihadah juga merupakan salah satu
permainan spiritual syaitan ke atas emosi dan hubungan suami isteri

“Sesungguhnya yang demikian itu ialah ‘irq (penyakit) bukanlah darah haid maka
apabila datang haid maka hendaklah kamu meninggalkan solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 306 (Kitab al-Haid)]

Terdapat dua jenis penyakit di sini yang dihuraikan oleh beberapa ulama’ atas
maksud ‘irq (penyakit) di dalam hadith di atas
Penyakit yang jelas adalah penyakit fizikal iaitu berkemungkinan seseorang yang mengalami
istihadah merupakan tanda-tanda wujudnya penyakit dalaman di dalam tubuh badan wanita
penyakit ke dua yang dimaksudkan ialah penyakit jiwa
penyakit jiwa ini bermaksud hubungan kita dengan ALLAH swt yang mana semakin hari semakin lemah

setiap yg berlaku ada hikmahnya..
setiap penyakit ade ubatnya


Terdapat beberapa cara mengatasi Istihadah secara spiritual iaitu;
1. Selalu berwudu’.
2. Mengamalkan doa;
Bismillahillazi la yadurru maas mihi syai’un fil ardhi wala fissamai wahuwassami ul’azim
3. Memperbanyakkan hadir ke majlis-majlis ilmu
4. Bertadabbur
5. Bersedekah;
memelihara harta dan mensucikan jiwa (salah satu melalui zakat)
6. Mengamalkan zikir.
Walau dalam keadaan berhadas. Dan ALQURAN sebagai zikir terbaik dan pakaian jiwa.
Amalan lain seperti Al-mathurat dan al-manzil
7. Mengamalkan solat dhuha

Apapun maksud dan sebab di sebalik hadirnya istihadah yang di beri oleh ALLAH swt buat insan bergelar wanita, ia merupakan anugerah terbesar iaitu sebagai ‘signal’ awal dalam memberi peluang wanita untuk mengambil langkah untuk mengubati. Walau berpenyakit fizikal sekalipun, bersangka baiklah kerana ia pasti dapat menyucikan dosa kita di dunia tanpa perlu di hitung di akhirat, dan bersyukurlah kita masih di beri masa untuk mengambil langkah mengubati tanpa terus di tarik nyawa, dan jika ia tanda stress dan permasalahan jiwa, maka itu tandanya DIA sentiasa mengingati kita dan memberi waktu untuk kita bermuhasabah supaya kita sentiasa berhubung denganNYA dan sehingga waktu kita bertemu denganNYA dalam keadaan bersih jiwa. SubhanALLAH. Bukankah begitu untung menjadi wanita ^__~
kita sentiasa berada di bawah jagaan dan tarbiyyahNYA.

info credit to :http://fadhilfadilah.blog.friendster.com/2008/05/istihadah-permainan-syaitan-si-pendamping-wanita/

Thursday, October 28, 2010

i miss school



i miss my school..
miss my frenz
miss my past
miss miss miss

why???

-


-

bcoz now im
lonely
silence
solitude
loneliness
stillness
quietness
still
soleness
hush
quietude
repose
depression
moodiness
melancholy
gloom
megrims
hip

Tuesday, October 26, 2010

hehe

td my luv call, dia ajak pergi jumpe

-


-


LISA SURIHANI dan NORA DANISH




-

-


-

kat




-



-



-


dalam


-



-


-


di
-


-


-


hehe


-



-



-

Monday, October 25, 2010

sebentar lagi........

akn ke


di

nk beli ini....

huhu...

Wednesday, October 20, 2010

kawen-kahwin


musim kawen-kahwin dh tiba!
tahniah buat mereka2 yg br berkahwin
juga buat yg nk kawen..
Selamat Pengantin Baru


sbnrnya bkn mudah utk mendirikn masjid
byk proses yg perlu dilalui
bercinta kemudian merisik (status diri : risikan org) haha
seterusnya bertunang..

bila dh bergelar tunangan org
mcm2 dugaan dtg
bertimpa2..
time ni la segala skill perlu digunakan sebaik mungkin..
time ni la org yg kite admire tetiba meluahkn perasaan
sblm bertunang pandang sebelah mata je!
time ni la juga rs diri di abaikan
time ni la ada yg nk mengorat
mcm2 lg la rs2 yg dtg..
maklumlah psgan sibuk bekerja kuat
kumpul duit nk kahwin..
huhu

skrg tiba lah hari yg di nanti
hari pernikahan & perkahwinan
semua kaum kerabat,sanak saudara, sahabat handai
dtg bertandang..
pengantin bersanding di pelamin yg indah
semua gembira bergelak ketawa
kita bagaikan raja & permaisuri..

dugaan yg paling berat adalah
dugaan selepas kawen..
mase ni
toleransi mula teruji..
kalau dulu seorang
skrg berdua..
tiada lagi kau & aku
hanya KITA..
masing2 perlu menyesuaikan diri

org kata bila dh kahwin
hidup semakin indah!
itu mmg tak di nafikan
tp kdg2 ade geloranya..

bila tgk tv
si dia suka action/triller movie
dia pula suka bollywood
xkan nk beli dua tv???

bila masak..
isteri suka makan pedas..
suami pula x suka..
nk masak dua kali ke??

bkn mudah utk
masing2 bertoleransi
tp bila adanya ikatan
KASIH SAYANG & CINTA
maka
InsyaAllah segalanya
akan menjadi mudah..

hanya padaMu kami meminta..


اَللَّهُمَّ أَنْزِلْ عَلَيْنَا دَوَاءً مِنْ دَوَائِكَ , شِفَاءً مِنْ شِفَائِكَ , وَبَرَكَةً مِنْ بَرَكَاتِكَ , وَرَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ , عَلَى هَذِهِ الأَوْجَاعِ وَالأَمْرَاضِ وَالأَسْقَامِ , فَتَبْرَأْ , فَتَبْرَأْ , فَتَبْرَأْ , بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah ! Anugerahkanlah kepada kami penawar – penawar – Mu, dan kesembuhan daripada kesembuhan – Mu, juga keberkatan daripada keberkatan – Mu, serta rahmat daripada rahmat – Mu terhadap penderitaan – penderitaan yang dideritai oleh orang yang sakit ini… juga mereka yang lemah, Kau sembuhkanlah … Kau sembuhkanlah … Kau sembuhkanlah dengan rahmat – Mu, Ya Allah wahai Tuhan yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Tuesday, October 19, 2010

Monday, October 18, 2010

Saturday, October 16, 2010

Oh tiidakkkkkkk

Sejak kebelakangan ni
aku mengalami sedikit gangguan..
gangguan minda!
hanya kerana FB
haha
FB x salah pun
aku je yg emo terlebih..

Inilah jd nya
bila keinginan mengatasi segalanya!

skrg dlm proses
mengajar diri utk bersabar..
kalau kita sabar

kita akan dapat yg lebih baik
InsyaAllah..

sbnrnya apa yg sy nk??
BYKKKK

antaranya :-
DSLR ( canon EOS 1000D pun ok je)


tudung brand HAWA or ARIANI

new handbag ( coach/LV/prada/balenciaga maybe) U.S POLO pon ok kot..
nk ori xnk imi2x

& d most important yg PALING SY NAK ialah :-


Rabbi Habli Minassolihin..
klau dpt yg ni, yg lain2 xdpt pun xpe..

Friday, October 1, 2010

kt sini ke ambik jenazahnye????

"kak yong kt sini ke ambik jenazahnye"
"ambik ape? jenazah??? bukan jenazah la tp IJAZAH.... "

adik ku yg bongsu w/pun dh bnyk kali betulkn tp
masih menyebut ijazah tu JENAZAH...
hahahaha...

27sept
konvokesyen di UTM Skudai..
congrats my sis..

Tuesday, September 21, 2010

ular emas


kebosanan... keje mcm aku ni busynye ade time2nye jer bln 9-11 bln honeymoon keje aku tiap2 hr menonton wayang2 yg di dwnload atau pun online.. berfb.. nk muntah rsnyer hbs semua dh di godek.. huhu bosan tahap gaban dh ni.. tp bile kebuzyan memuncak.. sabtu ahad pun aku kt offfice lg tiap2 hr blk kol 9mlm skrg ni aku tgh follow ular emas.. aku lebih suke tgk online klau kt tv xberapa suke tgk drama bersiri rs cam buang ms.. n kene sentiasa follow so online je la..

Tuesday, September 14, 2010

Rayaku...

pertama rayaku
disambut di Kuala Lumpur
spt thn2 sblmnya
photoshot adalah acara rasmi
hehe..
bersama suami tersayang di rumah mertua
di KL
rutin ry stp thn sama jer
pg2 bertandang ke rumah mertua
kmdian melawat ibu saudara di PD (Pantai Dalam ya bkn Port Dickson)
seterusnya ke Cheras
last year kami semua akn ke kubur
tp thn ni masa x mengizinkan
raya jatuh pd hr jumaat
Raya ke-2
bersama suami & mertua
menuju ke seremban...
Taman Tunku Jaafar
jln JEM skit
puncanya???
opss sikap!
pemandu2 di M'sia ni
bila ada polis
sumanya slowwwww
Raya ke3 my family come to KL
wanna 2 go to
Felda Bukit Damar
a visit for little
cute nephew
Nur Balkyis...
Nur Balkyis
little Rania
with my bonda..
errghhh????

Friday, September 3, 2010

due..


acu dh nk due..
hopefully she will be ok!
smlm gi klinik but
doc suruh balik dulu
belum lg
kene tggu sampai
sakit betul2 n
kuar darah...
Ya Allah
Selamatkan lah
acu & anaknya...
Amin

Thursday, September 2, 2010

gendang gendut................

Since Ramadhan ni, life agak kalut skit..
6.30ptg sampai rumah
terus masak!
dia xberapa gemar mskan bazar
kurang enak ktnya..
mlm plak busy gulung popia..
weekend x yah ckp la
hidupku kini
di kelilingi popia..
tp x pe..
demi rezeki yg halal

this Syawal
bnyk dugaan..
hopefully bleh tempuhi dgn tabah
& dgn jayanya..

preparation pun ala kadar jer..

Friday, August 20, 2010

x tau

nk masak ke nk beli??
buy or cook??
buy.. buy..
cook.. cook..

hrmmm
buy, cook,buy,cook
bommm!

Thursday, August 19, 2010

ermmm

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


credit to : http://mutiarakatahikmah.blogspot.com/

Kad Raya

rindu kt perasaan
bile dpt kad raya!
seronok sgt
w/pun sekpg..

di zmn yg serba canggih..
semua dh pakai e-card
tp fell dia tetap x same bile dpt kad

last sekali dpt kad ry
time matriks
tue pun sekeping je la
sape lg yg bg
klau bkn ehem ehem..

lps2 tue??
xyah la dia kate..
wish cukup la..
sekarang?
entahla...

thn ni pun
rs2 mmg xdpt la kad raya
nak2 setem mahal
0.50 sen for each..
mmg tercekik la..
huhu

ada sapa2 x nk bg kad raya kt sy?
nk kad tau bukan e-card
pos pun boleh by hand pun boleh
huhu..

Tuesday, August 17, 2010

ticker

suddenly im looking at my blog ticker ..
Ya Allah we have been married for 2 years, 5 months & 2 days!
Alhamdulillah.. may it remain until d rest of my life..
Amin

Thursday, August 12, 2010

bile gembira

gembira bile dpt tau member2 yg kawen
ramai dh pregnant
tp tipula klau sy kata sy x sedih
perasaan tue hanya
mereka2 yg seangkatan dgn sy jer yg tau

setiap yg berlaku ada sebab & hikmahnya
kdg2 kite je yg xsedar
kehadiran hikmah itu

salah satu yg sy nmpk
bile sy & suami belum di kurniakan zuriat
kami dpt memberi tumpuan
yg lebih kpd kedua2 ibu bapa kami
insyaAllah apa yg di perlukan
dpt dipenuhi..
bile ada anak, mungkin keadaan berbeza sikit

suami selalu kata
anggap ni sebagai ujian
penebus dosa-dosa silam
jgn sedih2
berdoa, berdoa dan terus berdoa
insyaAllah satu hari nanti
Allah akan makbulkan doa kita

kadang2 aku memang rasa putus asa
mujur ada suami yg selalu bagi nasihat
keluarga yg x pernah bising2
acu yg selalu bagi nasihat & petua

cuma satu keadaan yg paling aku x suka
kalau boleh mmg aku nk elak
bile ada kenduri..
especially kat kampung
akan ada la makcik2 yg dok
tanya2
sedih juga bile terdengar
org bertanya pd abah
"dh berapa org cucu? "
ada juga yg berkata
" ni lama dh kawin tp belum beranak lg! "
hurmmm
ketika itu rasa dunia mcm nk runtuh

keadaan2 spt ini
menyebabkan
aku malas nk kemana2
kdg2 aku jd sgt stress

kahwin tanpa anak
samalah seperti memugar tanah tanpa hasil
mungkin tanahnya tak subur
mungkin benihnya tak menjadi
mungkin campuran antara
tanah dengan benih itu tak berapa kena
banyak tanah dari benih atau
banyak benih dari tanah
semuanya boleh jadi
tetapi juga soal anak bukan soal tanah
dan benih sahaja
Kalau keduaanya baik pun
kalau Allah tak izin
anak tak dapat juga

Monday, August 9, 2010

interview..

Last Friday i got call from 1 lady..
she wants me to come interview..
scope international
subsidiary of Standard Chartered..

want to go or not???

Monday, August 2, 2010

Cheese Cake not Secret Recipe

Bahan-bahannya
3 biji telur
100 gm gula
50 gm tepung
250 gm cheese cream
125 ml whipping cream
Essen vanilla - 1 tutup

Cara-cara;
1) putar putih telur bersama separuh gula hingga setengah kental.
2) putar cheese dgn setengah gula lagi hingga gula hancur.
3) masukkan telur kuning,whipping cream,tepung dan essen.
4) tuangkan adunan putih telur tadi,kaup balikkan.
5) sapukan acuan dgn sedikit minyak.masukkan bhn dan kukus selama 40 – 45 minit.


p/s : sy dh cuba buat.. sedap jugak w/pun x selembut secret recipe. suami pun suka! pic lupa nk tgkp..

Cordon Bleu Ayam / Golden Bleu Ayam



Bahan2 Untuk Ayam
2 ketul dada ayam
2 batang sosej ayam
2 keping keju slice
garam secukupnya
lada sulah secukupnya
sedikit sos tiram
tepong jagung secukupnya
bread crumb secukupnya
1 biji telur
minyak yang banyak untuk menggoreng deep fry

Side Dishes Tambahan yg Lain
1 tin kacang panggang
Salad atau boleh jugak buat coleslaw
Side dish berasaskan kentang spt mashed potato/curly fries/ french fries

Cara buat
1. Bersihkan ayam, buangkan kulit serta tulang2nya. Gunakan isi sahaja. (tapi terpulang masing2 jika suka bahagian kulitnya tak perlu buang) Buatkan lubang ditengah2 dada ayam agar dapat dimasukkan sosej dan keju slice.

2. Balutkan keju slice pada sosej lalu sumbatkan ke dalam lubang yang dibuat ditengah2 dada ayam tadi. Jika ada bahagian yang nampak terbuka boleh cucukkan dengan lidi satay yang tajam supaya nampak kemas. (pastikan lepas goreng, buangkan balik lidi satay tersebut. Buatkan cara yang sama pada dada ayam yang seketul lagi.

3. Taburkan garam, lada sulah & juga sos tiram pada dada ayam tadi dan gaul rata. Biarkan sebentar.

4. Pukul telur lalu ketepikan sebentar. Sediakan tepong jagung di dalam sebuah pinggan. Sediakan serbuk roti di dalam sebuah pinggan yang lain. Ambil dada ayam tadi lalu masukkan ke dalam tepong jagung dan ratakan keseluruhan dada ayam. Celupkan pula ke dalam telur hingga rata lalu masukkan pula ke dalam serbuk roti dan balik2kan agar seluruh dada ayam tersalut dengan serbuk roti. Ketepikan. Ulang yang sama untuk dada ayam yg satu lagi.

5. Panaskan minyak yang banyak dengan api yang kecil/sederhana. Goreng ayam tadi sehingga garing & masak.

6. Semasa menghidang. Kepingan ayam tu di potong 2 (1 ketul boleh utk 2 set). Dalam pinggan yang besar, susunkan ayam, hashbrown, salad dipicitkan sos thousand island & sudukan kacang panggang. Tuangkan sos cendawan di atas ayam & sedia untuk dinikmati semasa panas2.

*sapa2 yg berminat boleh la cube.. resepi ni sy cilok kt web2 org.. huhu.. klau suka cheese letak la bnyk2 lg sedap!

Sunday, August 1, 2010

::homemade::

Last nite, me & my sis try buat chicken cordon bleu n cheese cake..
Best sbb jd!
tp xdela sesedap & segebu cam secret recipe tue..
ok la for the first time..
buatnye pun xde la susah..
campur je semuanya.
ermmm
what menu for today???
bihun sup?
aym madu?
or lea & perrin..

Thursday, July 29, 2010

Apa yg akan sy buat bila nak Ramadhan..

- most important hntr bj kt tailor utk hr raya (ALMOST DONE w/pun br hntr last 2 week, insyaAllah this weekend siap)

- surfing for menu Ramadhan; so far menu yg di cr ialah chicken cordon bleu & siap beli majalah saji.. beria2 je aku ni.. masak kah?? huhu

- satu kemestian di bulan puasa adlh majlis berbuka puasa bersama parent & parent in law; biasanya aku akn jemput PIL buka kt rumah.. time ni majalah saji tue berguna!

- this ramadhan mybe letih skit coz mlm kene prepare mini popia.. this year me & my sis jual mini popia..

- wanna to go terawih! insyaAllah

- each couple mybe hv a little argument about balik mana dulu raya.. Alhamdulillah kpg sy dekat je so no fighting-fighting.. hehe. Suppose this year blk kpg i dulu tp setelah membuat pertimbangan i decide to raya kt KL dulu & then kampung!

Tuesday, July 20, 2010

Hikmah kepulangan..

Alhamdulillah..
kepulangan yg tanpa di duga
membawa seribu hikmah

terungkap segala pertikaian
terjawap segala persoalan
terjalin hubungan

segala masalah
usah di fikir lagi
ketepikan buat sementara

apapun yg terjadi
teruskan berjuang

Monday, July 19, 2010

Suri Si Rumah



im really admire pd wanita2 yg bergelar ' fulltime housewife'..
sgt kagum..
pg td b4 gi kerja
ternmpk seorang ibu melambai2kn tangan kpd si anak
si anak nk gi sekolah..
a very cute boy!

pernah terfikir bestnya klau dpt dok rumah uruskan hal2 rumahtangga..
tp bila dpt dok rumah
cukup la 2 hari cuti (working day)..
astro dok tayang citer yg sama jer
nk mengemas hbs dh semua
aleh2 aku bosan coz xdebende nk wat..
klau rajin aku gi la window shopping kt jusco..

bila difikir2 kan
maybe aku xsesuai kot jd housewife!
huhu

nanti klau ade rezeki
ada anak
camner yerk?
xdpt nk bayangkan..
since born
aku membesar dpn mata mak aku..
aku balik sekolah
ade org tggu aku kt rumah
lunch dh terhidang
tau makan je..

hopefully w/pun aku berkerja
our child can get fully attention & love..

& i alwaiz pray
oneday we will hv our own child..
InsyaAllah

Friday, July 16, 2010

Citer hindustan!

Aku sbnrnya mmg suka tgk citer2 hindustan ni..
Zmn sekolah2 dulu x pernah miss tgk panggung sabtu.
Masa awal2 msk um dulu pc aku penuh dgn lagu2 & video2 hindustan.
Kt rumah plak belambak cd2 bapak aku beli..
Dia pun minat gak!

Sampailah satu masa
Aku pun x sedar bile..
Di sebabkan 'dia' x berapa nk minat genre ni..
So dlm xsedar lagu & video tu di delete sedikit demi sedikit
Time tu klau cuti sem je pc tumbang opss tumpang umah 'dia'

Tp hindustan skrg ni kureng skit..
Seksi terlebih!
Aku suka SRK, Kajol, Aishwarya Rai, Kareena, Karisma & etc
Pelakon2 baru ni x berapa nk suka..

Mlm td tiba2 tayang cite Hum Saath Saath Hain
Mmg aku layan ar sampai habis..
W/pun menerima kutukan hebat dr 'dia'.
Huhu

Last 2 week aku sanggup download
Kabhi Kushi Kabhi Gam..
Skrg cam rasa nk tgk
Kuch Kuch Hota Hai la plak!

Tuesday, July 13, 2010

Detik itu!

Mmg bukan aku yg mengalami detik itu. Tp hatiku amat tersentuh. Berat mata memandang sesungguhnya berat lagi bahu yg memikul! Ia merupakan satu mimpi sedih bagi sesebuah keluarga khususnya seorang ibu. Segala impian untuk menimang cahaya mata, mendengar tawa tangis si manja hilang dalam sekelip mata. Selepas mengandung lebih 22 minggu bayi meninggal dalam kandungan.

Betapa pilunya hati tak terkata tatkala aku mendapat sms dr suami sahabatku.. tanggal 28 Jun 2010 mereka kehilangan sebahagian drpd hidup mereka.. Bayi yg di tunggu2 pergi begitu saja..

" aku tgh berpantang. kt kdh skrg ni. baby meniggal dlm kandungan. hr ahad sblm tu lps maghrib aku rase sakit perut lain mcm. kejap2 sakit. mcm nak bersalin. aku p hospital check heartbeat baby ok je. pastu nurse suruh aku rest kt wad kul 4 pg die dtg check blk. time tu baby dh xde."

Ini adalah kisah seorang sahabatku Norhidayati Abdul Halim & suaminya.. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Kepada mereka2 yg mengandung jagalah kandungan anda sebaik mungkin.. Kita sbg manusia hanya merancang, Allah yg menentukan..

Wednesday, July 7, 2010

bla bla bla

hampir stp hr aku la org pertama yg akan sampai office.. waktu masuk 8.45 tp seawal 7.30 aku dh sampai coz dia masuk keja kol 8.. end of june & early julai mmg saat & waktu kritikal bg aku & kwn2 di bhgian rekod pelajar.. skrg ni kitaorg dok pulun regkan student2 dgn uitm.. kolej ni kolej bersekutu Uitm.. bygkan nk register almost 500 student. masa yg ada less than 1 week. dh la dgn keadaan internet yg mcm chipsmore. kekuatan pun ada 3 org je.. weekend td aku berkhemah kt office.. dr kol 8.00pg untill 9.00mlm.. sgt2 la letih. time tu rasa nk nangis pun ada.. tp inilah pengalaman.. suppose semua data kena send isnin td tp kitaorg blom siap lg until now.. huhu.. seb baik bos dh coll & its ok.. ada kurang dr 100 belum online. hopefully today we can make it! InsyaAllah..

satu perkara yg mmbuat kan aku angin pg2 adalah cleaner! aku selalu ada masalah dgn cleaner. xtau la diorg ke bermasalah or aku yg bermasalah.. aku kot! mmg la aku dtg awal tp xyah la nk dtg bersihkan ofice pun awal2.. aku pun nk relaks & privacy gak pg2.. dh tau dh office buka kol 8.45 dtg la time tu. ini x kol 8 dh tecongok dpn pintu office aku ketuk2 pintu sekuat hati! angin aku.. tau x time tu adalah waktu utk aku sarapan pg, bersolek molek & gi 'bank'.. aku pun nk kan ketenangan! kang kalau sound, touching plak.. yg plg aku moody bile dia bw vakum! bunyi vakum tue sungguh dasyat. aku mesti sakit kepala sampai ptg!

erghh sambung esok la.. keje bnyk ni. bos pun dh masuk!

Saturday, June 26, 2010

Type of Shoes..

Sandal Tumit Tinggi boleh dipakai ikut suka hati tanpa mengira waktu. sesuaikan jenis fabrik sandal dengan baju yang akan korang pakai. contoh : kalau fabrik sandal korang adalah jenis sutera, satin dan polos, sandal korang sesuai dipakai untuk acara glamour atau makan malam.
Court Shoes ( kasut bertutup ) kelihatan formal dan sesuai digayakan ke pejabat. keyakinan korang akan lebih menyerlah apabila memakai kasut jenis ini.
Flat ( tapak rata) kelihatan santai dan sesuai untuk menyerlahkan keremajaan dirimu ( chewah! ) kasut ni memudahkan pergerakan sebab tapaknya yang rata dan boleh dipadankan dengan pelbagai jenis baju.
Ballerina dan Flat Court Shoes kasut jenis ni pon dapat menyerlahkan keremajaan korang. rekaan kasut jenis ini biasanya lebih simple dan sederhana
Kasut Baji ( wedge ) sesuai sangat untuk korang yang suka berjalan sebab kasut ni mempunyai tumit penuh dan boleh menampung berat korang tuu. tapi, kasut ni tak sesuai pakai di majlis formal. mungkin kerana design kasut ini yang ranggi

Platform kasut ni ada lapisan tambahan di bahagian depan kasut menjadikan ia lebih seimbang dengan ketinggian tumit kasut. jadi, risiko untuk tergelincir amat kurang.


Cara mudah utk mengenali kasut & utk dipadankan dgn baju pilihan
berdasarkan reka bentuk atau tapaknya.

1. Tapak Kitten
******************
Tidak terlalu tinggi, biasanya 2.5 – 3cm shj. Bhg atasnya besar &
hujungnya halus, sebesar duit syiling 5 sen. Ia sesuai dipakai ke pejabat
ataupun majlis rasmi. Cuma kita tidak boleh bergerak byk kerana mungkin
kurang selesa. Sesuai utk yg tinggi lampai.

2. Stilletos
************
Ini merupakan kasut yg paling tidak selesa tapi masih diminati ramai
wanita. Bertumit runcing & tinggi (melebihi 3cm). Kasut ini benar2
menguji kesabaran pemakai. Ia sering menimbulkan rasa tidak selesa, sukar
melangkah & sakit belakang. Oleh itu, elakkan memakai kasut ini ke pejabat
atau bersiar2. Paling sesuai digayakan jika menghadiri majlis eksklusif,
dipadankan baju berpotongan elegan spt skirt kembang atau baju kebaya
pendek.

3. Kasut bertali pada keting
********************************
Kasut slingback paling selesa & mudah dipakai. Tiada kancing atau tali
pengikat. Bahagian hadapan kaki ditutupi sepenuhnya & tumit pula terdedah.
Ia sesuai utk ke pejabat atau majlis keramaian. Dipadankan dgn skirt,
gaun, baju kurung, kebaya atau seluar dpd fabrik lembut.

4. Mary Jones
****************
Kasut berpotongan konservatif ini biasanya bertumit lebar & tingginya hanya
2.5cm hingga 3 cm. Ia lebih sesuai dipakai ke pejabat, dipadankan sut
seluar atau skirt. Jika ingin kelainan, cuba pakai skirt & jaket hitam.

5. Kasut sarung (mules)
***************************
Kasut sarung (mules) biasanya mendedahkan bahagian tumit. Ada mendedahkan
jari (open-toe mules) dicipta dgn tali bersilang pd kaki hadapan atau
bahagian hadapan tutup sepenuhnya (covered mules). Biasanya tumit kasut
sarung lebar & dempak & tidak terlalu tinggi (3cm). Ia hanya sesuai
dipakai dgn pakaian tradisional, seluar tempah, skirt & gaun.

6. Kasut serelum (pump)
****************************
Kasut serelum biasanya tidak bertali atau berkancing & seluruh bahagian
kaki bertutup. Kasut jenis ini bebas digayakan sama ada dgn pakaian
tradisional, ke pejabat, bersantai ataupun menghadiri majlis rasmi. Tetapi
pastikan warna, potongan serta fabrik yg digunakan bersesuaian.

Seandainya ingin ke majlis rasmi, pilih kasut serelum bertumit tinggi dgn
warna ceria dihiasi reben atau batu permata. Utk pengantin, kasut serelum
dpd renda bersulam manik atau mutiara paling menarik. Jika ingin
bersantai, pilih kasut serelum bertumit rendah dpd kulit, sued ataupun
fabrik jean.

7. Loafers
************
Ia spt serelum cuma potongannya berbeza, mirip kasut kasual lelaki.
Biasanya bahagian depan kasut agak dempak & bahagian atasnya berlidah. Ia
pilihan yg tepat utk ke pejabat ataupun bersantai. Ia sesuai dipadankan
dgn sut lengkap, blaus, jaket, jean atau seluar tempah. Jika ingin
berskirt, pastikan potongan yg kemas, bukan beropol atau berenda serta
terlalu kewanitaan.

8. Kasut Leper Ballet
***********************
Ia spt kasut serelum tetapi tidak bertumit. Sesuai utk bersiar2,
dipadankan dgn gaun kembang labuh ataupun jean. Ia juga pilihan terbaik
utk wanita hamil. Pilih kasut dpd fabrik lembut.

9. Sandal
***********
Ia tidak bertumit, biasanya berpotongan ringkas & paling selesa serta
sesuai dipadankan dgn semua jenis pakaian bersantai – kain, seluar, skirt,
jean.

10. Thongs
*************
Potongannya spt selipar Jepun, tetapi biasanya lebih cantik & sesuai
dipadankan dgn baju kasual. Ada juga thongs yg menggunakan perhiasan manik
& renda. Ia sesuai utk bersiar2 ataupun menonton di hujung minggu.

info credit to : syielacollections